Tuesday 24 January 2012

Forum Pedana Ehwal Islam Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan 2012

  
Forum Perdana Ehwal Islam merupakan program tahunan PAIDKP bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Pada tahun ini Forum Perdana Ehwal Islam telah diadakan pada 15 Januari 2012 bersamaan 21 Safar 1433H bertempat di Padang Awam Seri Menanti. 
Barisan Ahli Panel Forum ialah Ybhg Ustaz Mohd Fauzan bin Madzlan dari Mantop Training and Consultancy sebagai Moderator, Ybhg Dr. Robiah Binti Kulup Hamzah Pengetua Rancangan Ustazah Pilihan Astro Oasis sebagai ahli panel pertama dan Ybhg Ustaz Dzulkarnain bin Hamzah Pengacara Rancangan Imam Muda Musim ke 2 sebagai ahli panel kedua. Tajuk Forum ialah "Raja dan Rakyat, Berpisah Tiada".
Majlis diserikan lagi dengan persembahan Nasyid dari kumpulan Ukhwatul Islam yang mempersembahkan tiga buah lagu iaitu Layar Keinsafan, Rahmat Ujian dan Kerana Cinta. Kehadiran pada majlis tersebut seramai 1000 orang. 


 
 Persembahan Lagu Kerana Cinta Nyanyian Ukhwatul Islam (PAID Kuala Pilah)


 
Persembahan Lagu Layar Keinsafan (Mestica) oleh Kumpulan Ukhwatul Islam (PAID Kuala Pilah)